Perbincangan bagi aktiviti 1I (pg 37)

1. Dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai, ramalkan pemerhatian dan terangkan bagaimana hasil elektrolisis terbentuk pada anod dan katod bagi:

(a) Leburan zink oksida, ZnO.

(b) Leburan magnesium klorida, MgCl2


#anda dibenarkan menggunakan apa-apa peta pemikiran asalkan logik

a) Leburan zink oksida, ZnO

Pemerhatian: (Anod) Gas tidak berwarna dibebaskan.

                       (Katod) Pepejal kelabu dienapkan.

Inferens: (Anod) Dua ion O (oksida) bebaskan 4 elektron membentuk molekul O2 (oksigen)

               (Katod) Ion Zn (zink) menerima 2 elektron membentuk atom Zn

b) Leburan magnesium klorida, MgCl2

Pemerhatian: (Anod) Gas kuning kehijauan dibebaskan.

                       (Katod) Pepejal kelabu dienapkan.

Inferens: (Anod) Dua ion klorida bebaskan 2 elektron membentuk molekul Cl (klorin)

                (Katod) Ion Mg (magnesium) menerima 2 elektron membentuk atom magnesium.





Harap membantu pelajar-pelajar semua.

Comments